|
Dis 2011: Kisah Nabi Musa dan Isterinya |
|
|
|
|
Pengantin -
Munakahat
|
|
Wednesday, 04 January 2012 |
|
Saya yakin para pembaca sekalian kenal akan Nabi Musa ‘alaihi salam. Banyak kisah-kisahnya
yang terdapat di dalam al-Qur’an. Sebagai orang-orang yang beriman kepada al-Qur’an, kita beriman bahawa semua kisah-kisah tersebut adalah benar dan ia mengandungi mesej atau
pelajaran yang bermanfaat di sebaliknya.
Di sini saya ingin berkongsi satu bab dari kisah Nabi Musa. Ia merujuk kepada ketika beliau dalam perjalanan dari Madyan ke
Mesir bersama isterinya. Al-Qur’an tidak menceritakan nama isteri beliau, bererti ia bukanlah sesuatu yang penting untuk mengetahui namanya.
Di sini para pembaca sekalian perlu berwaspada dengan para penceramah dan penulis buku agama yang suka
menokok tambah nama dan kisah-kisah yang tidak terdapat di dalam al-Qur’an. Ini kerana apa yang diterangkan di dalam al-Qur’an sudah mencukupi sebagai pelajaran yang bermanfaat, apa
yang tidak diterangkan dalam al-Qur’an bererti ia bukanlah pelajaran yang bermanfaat.
Be first to comment this article | Add as favourites (31) | Quote this article on your site | Views: 1127 |
|
Baca lagi...
|
|
Dis 2011:Kebersihan Wanita |
|
|
|
|
Dara.com -
Cahaya Rohani
|
|
Wednesday, 04 January 2012 |
|
Ruangan Cahaya Rohani bulan ini akan meneruskan ulangkaji berkenaan kebersihan wanita, khusus merujuk kepada
cairan-cairan yang keluar dari vagina. Jika sebelum ini kita telah berbincang berkenaan Darah Haid (Jun 2011) dan Darah Istihadhah (Oktober 2011), kini akan berbincang berkenaan beberapa cairan
lain yang bukan merupakan darah. Semua ini selari dengan prinsip Islam yang amat mementingkan kebersihan.
Air Wadi
Ia adalah sejenis cecair putih kental yang keluar selepas membuang air kecil (kencing). Memandangkan ia keluar selepas
kencing, maka hukumnya seperti air kencing, yakni ia membatalkan wudhu dan dibersihkan dengan air.
Air Mazi
Ia adalah sejenis cecair yang nipis, jernih (clear) dan licin seperti pelincir. Ia keluar apabila timbulnya syahwat,
seperti apabila suami-isteri memulakan hubungan seks, apabila seseorang itu melakukan onani atau berangan-angan sesuatu yang memberahikan.
Be first to comment this article | Add as favourites (22) | Quote this article on your site | Views: 566 |
|
Baca lagi...
|
|
Dis 2011: Apa Lagi Alasan Kita? |
|
|
|
|
Majalah i -
40,000 kaki
|
|
Wednesday, 04 January 2012 |
|
Sedang saya duduk-duduk memikirkan topik sesuai untuk kolum Catatan Dari 40,000 Kaki bulan ini, tiba-tiba datang sebuah bungkusan yang dihantar oleh van Pos
Laju. “Owh! Akhirnya sudah sampai” bisik hati saya.
Bungkusan tersebut berasal dari syarikat Lidwa Pusaka, Indonesia. Saya sudah hampir lupa
mengenainya kerana ia mengambil masa hampir dua bulan untuk sampai. Saya memesan melalui online dan membuat pembayaran melalui kad kredit. Saya mendapat harga istimewa alhamdulillah,
kerana merupakan pengguna lama yang naik taraf (upgrade) ke versi baru. Sebuah CD berharga
RM73.00, dengan setiap CD boleh digunakan untuk tiga komputer yang berbeza. Tentu saja saya membeli versi tulen kerana tidak patut seorang Muslim mencuri hasil kerja orang lain, baik daripada
seorang Muslim atau yang belum Muslim.
Terfikir, kenapa begitu lama, padahal hanya dari negara jiran. Teringat saya bahawa sebelum ini pernah memesan buku dari Amazon.com dan ia sampai dari Amerika Syarikat ke rumah saya dalam masa lebih kurang 10 hari sahaja. Tentu saja kita inginkan agar
syarikat-syarikat Muslim dapat memberi prestasi yang sama cemerlang, atau lebih baik. Tempoh dua bulan memang terlalu lambat, moga dapat diperbaiki dalam masa akan datang.
Be first to comment this article | Add as favourites (20) | Quote this article on your site | Views: 425 |
|
Baca lagi...
|
|
Nov 2011: Kisah Ali dan Fathimah |
|
|
|
|
Majalah i -
40,000 kaki
|
|
Wednesday, 30 November 2011 |
|
Kali ini saya ingin menyentuh tentang poligami. Bukan hukumnya mahupun suka-duka poligami, akan tetapi
tentang sebuah hadis yang kerap digunakan sebagai hujah untuk menolak poligami. Hadis yang saya maksudkan merujuk kepada tindakan Ali bin Abi Thalib – semoga Allah meredahinya –
yang melamar puteri Abu Jahal sebagai isteri keduanya, dengan memadukan Fathimah binti Muhammad, semoga Allah meredhainya juga.
Apabila hajat Ali untuk berpoligami ini sampai kepada Rasulullah, baginda melarangnya. Ini boleh dilihat
dalam hadis berikut:
al-Miswar bin Makhramah berkata: Sesungguhnya Ali bin Abu Thalib pernah meminang puteri Abu Jahal
dengan memadukan Fatimah. Lalu aku mendengar Rasulullah berkhutbah di atas mimbar ini mengenai hal itu, yang pada waktu itu aku sudah baligh. Baginda bersabda: “Sesungguhnya
Fatimah adalah bahagian daripadaku. Sesungguhnya aku takut terjadi fitnah pada agamanya.” [Shahih al-Bukhari, no: 3110 (Kitab Fard al-Khumus, Bab berkenaan baju besi
Nabi, tongkat, pedang…)]
Be first to comment this article | Add as favourites (42) | Quote this article on your site | Views: 1355 |
|
Baca lagi...
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 Kemudian > Akhir >>
|
| Keputusan 1 - 8 terhadap 10 |