Bulan Ramadhan bulan al-Quran. Alhamdulillah ramai yang membaca dan mentadabbur al-Quran. Ini adalah sikap yang betul terhadap al-Quran.

Namun ada segelintir yang menyalahguna al-Quran. Dua antaranya ialah:

 

(1) Menggantung ayat al-Quran dalam bingkai (frame) yang indah di rumah, seperti di pintu masuk (Bismillah) di ruang tamu (Ayat al-Kursi) atau di tempat perniagaan (Ayat 1000 Dinar).

Sama ada tujuannya untul ambil berkat, mendapatkan perlindungan, memberi peringatan atau semata-mata hiasan, semua ini adalah penyalahgunaan al-Quran.

Keberkatan, perlindungan dan peringatan drpd al-Quran ialah dengan membacanya, memerhatikan maksudkan dan mempraktikkannya dalam kehidupan harian.

 

(2) Menggantung ayat al-Quran dengan seni khat, ini adalah kesalahan yang lebih besar.

Sebabnya, seni khat itu menyebabkan ayat-ayat tersebut tidak dapat dibaca. Bahkan jika cuba dibaca, mungkin saja membawa ke maksud yang lain kerana sudah hilang susun atur yang asal.

Ada pula seni khat itu yang memaksa ayat al-Quran kepada bentuk objek tertentu, seperti perahu, titisan air, bulan dan bintang.

Kesenian al-Quran ialah membacanya dengan baik, sehingga orang teruja mendengarnya.

 

Moga kita semua terhindar dari penyalahgunaan al-Quran ini.

 

22 Jun, 2016