(1) Lama dulu saya termasuk yang menghidupkan malam Nisfu Sya'ban dengan ibadah.

Ketika itu saya mengikuti kebiasaan orang-orang tua.

(2) Kemudian saya mendapat tahu bahawa itu adalah bid'ah, maka saya tidak lagi menghidupkan malam Nisfu Sya'ban dengan ibadah.

(3) Kemudian saya mendapat tahu ada khilaf di kalangan ulama dalam bab ini.

Sebabnya, mereka berbeza pendapat tentang darjat hadis-hadis yang menerangkan keutamaan malam Nisfu Sya'ban.

Malah terdapat riwayat yang menerangkan sebahagian salaf yang menghidupkan malam Nisfu Sya'ban dengan ibadah.

Maka kini saya bersikap lapang dalam bab ini. Sesiapa yang ingin beribadah pada malam Nisfu Sya'ban maka dipersilakan. Sesiapa yang enggan, dipersilakan juga.

Demikianlah, hendaklah kita berterusan mengkaji dan mengkaji, bersedia menukar pendirian dengan penemuan ilmu yang baru.

Beberapa hari lagi akan tiba malam Nisfu Sya'ban. Jemput semak pautan berikut:

konsultasisyariah - Shalat Nishfu Syaban