Teguran pedas lagi benar drpd Syaikh Dr. Fathi Al-Sakandary:

Betapa terpesongnya rakyat kita dalam menyambut 'Eid (raya), 'Eid al-Fitr (raya puasa) disambut hingga sebulan bahkan lebih dari sebulan, manakala 'Eid al-Adha (raya korban/haji) hanya satu hari bahkan seperti tidak disambut.

Cuti umum 'Eid al-Fitr 2 hari, manakala cuti umum 'Eid al-Adha 1 hari (kecuali segelintir negeri 2 hari).

Sedangkan 'Eid al-Adha itu lebih besar dalam Islam berbanding 'Eid al-Fitr.

'Eid al-Fitr hanya sehari, manakala al-Adha sehingga 4 hari (hari tashriq termasuk), dengan itu takbir 'Eid al-Fitr terhenti sebelum solat 'Eid, manakala takbir 'Eid al-Adha berterusan hingga asar 13 Zulhijjah.

Allah al-Musta'an