31 Ogos insya-Allah adalah Hari Arafah, di mana Rasulullah s.a.w. bersabda,

 

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah dan sebaik-baik (zikir pada hari itu) adalah apa yang aku dan para Nabi sebelum aku (sebut, iaitu) "Tiada tuhan melainkan Allah, yang maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu."

[Shahih Sunan al-Tirmizi, no.: 3509/3585]

Janganlah kita mensia-siakan hari yang mulia ini.

"Hari Arafah" merujuk kepada kiraan hari pada lokasi masing-masing. Ia tidak semestinya bersamaan dengan Hari Arafah para jemaah Haji di Padang Arafah, Saudi.