Semoga Allah mengurniakan darjat syahid kepada semua yang terkorban dalam kebakaran Maahad Tahfiz pagi tadi.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ وَالَّذِي يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Mati syahid selain terbunuh di jalan Allah ada tujuh, yaitu: orang yang meninggal kerana terkena wabak penyakit adalah syahid, orang yang mati tenggelam adalah syahid, orang yang meninggal kerana sakit radang dada adalah syahid, orang meninggal kerana sakit perut adalah syahid, orang yang TERBAKAR adalah syahid, dan orang yang meninggal terkena runtuhan adalah syahid, serta seorang wanita yang meninggal dalam keadaan hamil adalah syahid."

(Shahih Sunan Abu Daud, no. 2704/3111)

 

--------

Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan bahwa syahid itu ada tiga macam:

(1) Syahid yang mati ketika berperang melawan kafir harbi (yang berhak untuk diperangi). Orang ini dihukumi syahid di dunia dan mendapat pahala di akhirat. Syahid seperti ini tidak dimandikan dan tidak dishalatkan.

(2) Syahid dalam hal pahala namun tidak disikapi dengan hukum syahid di dunia. Contoh syahid jenis ini ialah mati kerana melahirkan, mati kerana wabah penyakit, mati kerana runtuhan, dan mati kerana membela hartanya dari rampasan, begitu pula penyebutan syahid lainnya yang disebutkan dalam hadits shahih.

Mereka tetap dimandikan, dishalatkan, namun di akhirat mendapatkan pahala syahid.

Namun pahalanya tidak harus seperti syahid jenis pertama.

(3) Orang yang khianat dalam harta ghanimah (harta rampasan perang), dalam dalil pun menafikan syahid pada dirinya ketika berperang melawan orang kafir. Namun hukumnya di dunia tetap dihukumi sebagai syahid, yaitu tidak dimandikan dan tidak dishalatkan. Sedangkan di akhirat, ia tidak mendapatkan pahala syahid yang sempurna. Wallahu a’lam. (Syarh Shahih Muslim, 2: 142-143)