Antara hadis kegemaran (favourite) saya adalah berikut ini, di mana Rasulullah s.a.w. bersabda,

 

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلاَّ عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلاَّ رَفَعَهُ اللَّهُ.

Tidaklah sedekah itu menyusutkan harta dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat kemaafannya melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang bersifat rendah diri kerana Allah melainkan Allah menaikkan darjatnya. [Shahih Muslim no.: 4689/2588]

 

Pengajarannya:

[1] Sedekah tidak akan mengurangkan harta anda.

[2] Allah memuliakan orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain. Lagi banyak memaafkan, lagi tinggi kemuliaannya.

[3] Allah menaikkan darjat orang yang bersikap rendah diri (tawadhu').

Ayuh kita menghiasi diri dengan tiga sikap mulia ini: bersedekah, memaafkan dan merendah diri.