"Saya hendak meningkatkan ekonomi keluarga."

"Ia adalah pencapaian diri sendiri."

"Kami mahu memajukan umat Islam."

Demikian beberapa alasan yang diberikan untuk kehidupan di dunia ini.

Bagaimana pula dengan peningkatan, pencapaian dan kemajuan hidup di Akhirat kelak?

Ayuh kita menjadikan kehidupan di dunia ini sebagai pelaburan yang diraih keuntungannya di Akhirat kelak.

Ayuh kita ambil iktibar dari firman Allah ini,

 

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ

كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا

وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

 

Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan serta perhiasan, juga bermegah-megahan di antara kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak;

(Kehidupan dunia ini) seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai;

Dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat).

Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

(al-Hadid 57:20)