Apa yang menjadi perhatian saya dalam semua movie Star Wars adalah "The Force".

Ucapan "May the force be with you", "The force is with us" atau apa-apa lain yang berkaitan The Force berperanan memberi semangat dan sokongan kepada para penonton.

Malah ada yang mengucap-ucapkannya selepas tayangan.

Alangkah indahnya jika mereka yang terkesan dengan The Force mengucapkan yang sama terhadap Allah.

"May Allah be with you"

"Not to worry, Allah is with us"

Dengan maksud moga pertolongan, hidayah atau rahmat Allah ada bersama kita/kamu.

Ambillah iktibar daripada ayat al-Qur'an berikut, kisah Rasulullah dan Abu Bakar bersembunyi dalam gua ketika melarikan diri dari Mekah ke Madinah:

 

إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ

لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا

فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا.

 

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia (Muhammad) berkata kepada sahabatnya (Abu Bakar):

"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah BERSAMA kita".

Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya.

(al-Taubah 9:40)