Apakah Tauhid al-Rububiyah?

Ia adalah keyakinan bahawa tidak ada yang mengurus alam ini kecuali Allah.

Daripada perkara yang amat kecil seperti daun yang gugur sehinggalah perkara yang amat besar seperti penciptaan langit dan bumi.

Dalil Tauhid al-Rububiyah:

Tentang Rububiyah Allah ini, kita biasa baca dalam surah al-Fatihah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Segala puji bagi Allah, RABB sekian alam.

Manfaat Tauhid al-Rububiyah:

Dalam kehidupan harian, kita akan sentiasa berharap kepada Allah, baik dalam perkara kecil mahupun besar. Sebabnya, Allah yang mengatur segala urusan kita.

Meskipun kita meminta pertolongan sesama manusia, namun keyakinan tetap pada Allah.

Jika Allah mahu, Allah akan jadikan sekian-sekian manusia menolong kita. Jika Allah tidak mahu, tiada manusia yang akan menolong.

Berdasarkan tauhid al-Rububiyah juga, kita tidak akan mengharapkan daripada sesama manusia apa yang merupakan hak Allah semata-mata.

Seperti berjumpa tukang tilik nasib, jumpa bomoh untuk cari barang hilang dan memakai tangkal perlindungan.