Apabila hendak mengingati kebesaran Allah, tidak semestinya menunggu sunset, mendaki gunung atau berkhemah dalam hutan.

Makanan yang terhidang depan mata 2-3 kali setiap hari sudah cukup untuk mengingatkan kita kepada Allah.

Allah berfirman,

فَلْيَنظُرِ الْإِنسَانُ إِلَىٰ طَعَامِهِ

Maka hendaklah manusia memperhatikan makanannya. (Abasa 80:24)

Ini kerana makanan dapat mengingatkan kita bagaimana Allah mencipta lembu, kambing, ayam dan ikan sebagai bahan makanan.

Bagaimana Allah menumbuhkan dari tanah, beras dan gandum untuk kita jadikan nasi dan roti.

Serta pelbagai tanaman yang kita jadikan sayuran dan rempah ratus yang melazatkan makanan.