Sifat ahli Syurga, sedikit tidur dan banyak istighfar di waktu sahar/sahur...

🏡 Ketika Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebutkan sebahagian dari sifat-sifat orang yang bertaqwa diikuti balasan Syurga dengan segala macam keindahannya, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

 

الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنْفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ

“(Yakni) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon keampunan) di waktu sahar.” [Surah Ali ‘Imran, 3: 17]

 

Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menyebutkan:

 

دل على فضيلة الاستغفار وقت الأسحار.

“Ini merupakan dalil yang menunjukkan keutamaan istighfar di waktu sahar.” [Tafsir Ibn Katsir, 2/23]

 

Demikian juga pada ayat yang lain Allah menyebutkan tentang sifat mereka (yakni sifat ahli Syurga):

 

كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ (17) وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

“Bahawa mereka (ketika di dunia) sedikit sekali tidur di waktu malam, dan mereka beristighfar (memohon keampunan) di waktu sahar.” [Surah Adz-Dzariyaat, 51: 17-18]

Terus hidupkan waktu sahar dengan istighfar dan ibadah.