Para ilmuan Islam sepakat bahawa sedekah harta boleh dihadiahkan pahalanya kepada orang yang sudah meninggal dunia.

Namun mereka berbeza pendapat apakah ibadah - seperti bacaan al-Qur'an - boleh dihadiahkan pahalanya kepada orang yang sudah meninggal dunia.

Ilmuan yang berkata boleh, syaratnya hendaklah ibadah itu dilakukan ikhlas kerana Allah dan memiliki contoh drpd sunnah Nabi, agar dengan itu ada pahala untuk dihadiahkan. Ibadah yang dilakukan tanpa contohnya drpd Nabi, maka ia tertolak. Tidak ada pahala yang diperolehi, lalu pahala apa yang hendak dihadiahkan?

Saya cenderung kepada pendapat yang berkata boleh hadiahkan pahala.

Maka selepas membaca al-Qur'an, saya berdoa, "Ya Allah, jika ada kebaikan dalam bacaan aku ini, ingin aku hadiahkan pahalanya kepada (sekian-sekian)."

Boleh dilakukan sendiri pada bila-bila masa, di mana-mana.

*Tak payah buat kenduri
*Tak payah panggil catering
*Tak payah pasang khemah
*Tak payah kira hari yang ke berapa?
*Tak payah bayar ustaz pimpin tahlil
*Tak payah kemas rumah bila majlis dah selesai
*Tak payah bimbang ancaman neraka