Assalaamu`alaikom wa rahmatulaahi wa barokaatuh

Dimaklumkan bahawa buku Orang Kata Wahabi Ialah... karangan Mohd. Hairi Nonchi telah dimuat naik dalam format pdf. Buku ditulis (sepertimana tertera pada muka hadapan) adalah bertujuan untuk menangkis fitnah oleh ahli bid'ah tentang Wahabi berdasarkan Manhaj as-Salaf as-Soleh dan Fatwa Para Ulamak Syafi'iyyah. Buku ini menyenaraikan 41 fakta 'orang kata' tentang Wahabi beserta penjelasannya dan menyelitkan nasihat kepada golongan masyarakat di luar sana. Buku ini juga melampirkan artikel-artikel tambahan bagi menjawab beberapa soalan lazim tentang Wahabi.

Sila layari laman e-Buku Penulis Lain untuk mula mentelaah perbincangan yang panjang lebar ini. Kongsikannya dengan keluarga dan rakan taulan. Semoga masyarakat mendapat penjelasan yang baik dan tidak lagi tertipu dengan sangkaan dan fitnah tentang Wahabi.

Wassalaamu`alaikom wa rahmatulaahi wa barokaatuh