Soalan:

Apakah hukumnya jika seseorang itu mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang sesuka hati ketika berlakunya musibah banjir?

Munira Ismail, Kuala Krai, Kelantan.

Jawapan:

Daripada menuduh penjual menaikkan harga barang sesuka hati, saya lebih suka berbaik sangka bahawa harga barang terpaksa dinaikkan selari dengan kos logistik. Penjual terpaksa mendapatkan barang melalui cara pengangkutan yang lain (bot, kenderaan pacuan 4 roda) dan menjaga barang agar tidak rosak ketika banjir. Semua ini melibatkan kos yang tinggi sehingga harga jualan barang itu juga terpaksa dinaikkan.

Banjir adalah ujian daripada Allah, menguji keimanan dan kesabaran kita. Ia memang ujian yang amat berat, namun janganlah kita sengaja gagal ujian tersebut dengan bersangka-sangka buruk kepada orang lain.