Soalan:

Tulang kaki saya pernah patah semasa kemalangan. Kesan daripada itu, sehingga sekarang tulang kaki bahagian tumit membengkok. Kalau saya hendak solat terutama sujud dan tahiyat akhir, kaki saya tidak boleh membengkok dengan betul. Bagaimana dengan solat saya, sah ke?

Aina Hanim, Johor.

 

Jawapan:

Rasulullah bersabda: Maka apabila aku melarang kalian daripada sesuatu maka jauhilah ia dan apabila aku memerintahkan kalian dengan suatu urusan maka lakukanlah ia semampu kalian. [Shahih al-Bukhari, no: 6744/7288]

Oleh itu meskipun baginda telah mengajarkan kita cara-cara solat, termasuklah cara sujud dan duduk tahiyat akhir, kita diberi kemaafan jika tidak mampu memenuhinya dengan tepat. Maka solatlah dengan sujud dan duduk tahiyat sekadar yang mampu. Solat anda adalah sah, tidak perlu diragui dan tidak perlu diulangi.

Maklumat lanjut, sila semak buku saya Panduan Aqidah Dan Ibadah Ketika Sakit.