Soalan:

Saya ingin bertanya adakah kematian seseorang yang disebabkan membunuh diri atau dibunuh termasuk ketentuan azali seperti mana orang mati biasa?

Rokiah Hamzah, Kepala Batas, Pulau Pinang.

 

Jawapan:

Allah sebagai tuhan yang Maha Mengetahui, mengetahui secara terperinci apa yang sudah, sedang dan akan berlaku. Termasuk pengetahuan ini ialah bila, di mana dan cara seseorang itu meninggal dunia. Ini berlaku bagi setiap orang.

Namun sebagai manusia, kita tidak memiliki ilmu semua ini dan tidak dituntut untuk bertanya bila, di mana dan bagaimana caranya. Apa yang dituntut ialah kita berusaha agar mengakhiri hidup ini dengan amal-amal yang soleh, disebut sebagai husnul khatimah. Oleh kerana kita tidak tahu bilakah maut akan datang, kita dituntut untuk berterusan melakukan amal-amal soleh supaya apabila maut datang, kita dalam keadaan sedang melalukan amal soleh.

Jemput mengkaji buku saya 47 Persoalan Qadar dan Qadha’ untuk mengimani dan memahami persoalan ini dengan lebih baik.