Soalan: 

Saya ingin bertanya, apa hukum kita menyewa rumah sewa bukan Islam? Keadaan menjadi terdesak selepas semua rumah pemilik Islam penuh dan jauh dari tempat kerja?

Hafizah Saufi, Tanah Merah, Kelantan.

Jawapan:

Harus (mubah) hukumnya untuk menyewa rumah dari orang bukan Islam. Ia termasuk salah satu bentuk jual beli atau perniagaan yang dihalalkan oleh Islam. Kadangkala ada orang yang merasa was-was menyewa rumah bukan Islam kerana bimbang penghuni sebelum itu pernah memiliki anjing peliharaan. Was-was ini sebenarnya tidak berasas kerana anjing bukanlah binatang najis. Suruhan samak (sertu) hanyalah terhadap kesan jilatan anjing. Namun jika tidak ada bukti jelas kesan jilatan, maka tidak perlu disamak apa-apa atau mana-mana bahagian rumah.