Soalan:

Saya ingin bertanya, adakah perniagaan menerusi Internet halal dalam Islam?

Intan Mohamed, Kedah.

 

Jawapan:

Hukum perniagaan melalui internet atau online adalah halal asalkan ia menepati syarat-syarat jual-beli Islam seperti bukan benda yang haram (patung, arak), bukan benda yang memiliki kecacatan atau kerosakan yang tersembunyi, bukan benda yang tidak jelas diketahui apakah ia dan tidak berlaku penipuan (barang tiruan).

Khusus bagi perniagaan melalui internet, hendaklah diberi hak 100% kepada pembeli untuk mengembalikan apa yang dibelinya. Ini kerana jual beli melalui internet berlaku dalam keadaan pembeli tidak dapat memegang dan melihat sendiri apakah yang sebenarnya dibeli. Dia hanya melihat gambar dan membaca ciri-cirinya di laman web. Apabila benda yang dipesan dan dibayar sampai ke tangannya, ada kemungkinan ia berlainan dari apa yang dia lihat dan baca di laman web lalu tidak berpuasa hati dan ingin mengembalikannya.