Soalan:

Apabila bertembung antara solat sunat dan menjawab seruan muazin, manakah lebih utama?

Iman, Kelantan.

 

Jawapan:

Menjawab seruan azan adalah sesuatu yang utama dan merupakan salah satu amalan yang memudahkan ke syurga [Shahih Muslim, no: 578/385] Tidak ketinggalan ialah doa selepas azan. Rasulullah mengingatkan: Sesiapa berdoa setelah mendengar adzan: “Ya Allah. Rabb Pemilik seruan (azan) yang sempurna ini, dan Pemilik solat yang akan didirikan, berikanlah kepada Muhammad wasilah (perantara) dan keutamaan, bangkitkanlah beliau pada kedudukan terpuji yang telah Engkau janjikan”, maka dia berhak mendapatkan syafa'atku pada Hari Kiamat. [Shahih al-Bukhari, no: 579/614]

Demikian juga solat-solat sunat, banyak hadis-hadis yang menerangkan keutamaannya. Apabila bertembung antara solat sunat dan menjawab seruan azan, maka yang lebih utama adalah menjawab seruan azan. Ini kerana waktu menjawab seruan azan hanya terbatas apabila azan dilaungkan sementara waktu melaksanakan solat sunat adalah lebih luas. Justeru jawablah seruan azan, bacalah doa selepas azan, kemudian barulah mendirikan solat sunat.