Soalan:

Saya ada seorang kawan, setiap kali tiba Hari Raya Aidilfitri dia enggan solat Hari Raya di masjid. Katanya dia lebih suka tinggal di rumah untuk melayan tetamu yang hadir. Apakah hukumnya ustaz?

 

Jawapan:

Hukum Solat Hari Raya adalah sunat muakkad, bererti sunat yang amat dituntut. Ia tidaklah wajib sehingga orang yang tidak menghadirinya dianggap tercela. Akan tetapi merupakan satu kerugian jika seseorang itu tidak hadir kerana Solat Hari Raya memiliki banyak keutamaan, baik sebagai ibadah kepada Allah, syiar Islam sempena hari perayaan dan bergembira bersama umat Islam sebelum dan selepas solat.

Adapun alasan menyambut tetamu, maka langkah yang betul ialah turut mengajak tetamu yang datang awal itu untuk turut menghadiri solat Hari Raya.