Soalan:

Apakah hukumnya suami meminta wang yang berlebihan sebagai tebusan untuk menceraikan isterinya (atas kehendak isteri)?  Sedangkan dia telah bertaklik akan membayar RM 1 sahaja sebagai tebus talak semasa hari pernikahan dan ini tercatat di dalam surat nikah.

Adlina, Selangor.

Jawapan: Perkara ini hendaklah dirujuk kepada peguam syari’ah kerana ia sangat bergantung kepada apa yang tertulis sebagai syarat taklik dalam surat nikah, baik secara tersurat mahupun tersirat