Soalan:

Saya ingin bertanya mengenai pembahagian harta faraid. Apakah nisbah yang akan diperolehi oleh isteri si mati dan bolehkah isteri si mati menggunakan wang tersebut untuk menyara anak?

Asma, Kedah.

Jawapan: Apa-apa persoalan mengenai pembahagian harta faraid hendaklah ditujukan kepada pegawai khas di Jabatan Agama Negeri. Di sana terdapat pegawai yang arif dalam bidang Harta Faraid. Ini kerana sebelum dilakukan pembahagian, hendaklah disemak siapakah ahli-ahli waris yang layak kemudian barulah dilakukan kiraannya. Dibimbangi jika pembahagian dilakukan sendiri, akan ada ahli waris yang tertinggal sehingga hak dia dizalimi sementara ahli waris lain mendapat harta yang bukan miliknya.