Soalan:

Benarkah sunnah Nabi mencelup jari kelingking dalam garam lalu menghisapnya sebelum dan selepas makan? Dikatakan juga garam adalah penawar paling mujarab untuk elak keracunan dan menghalang sihir?

Siti Aisyah, Bentong, Pahang.

Jawapan: Terdapat beberapa hadis yang masyhur menyatakan demikian, akan tetapi hadis-hadis tersebut amatlah lemah (dha’if jiddan) atau palsu (maudhu’). Oleh itu yang benar ia bukanlah sunnah Rasulullah.