Soalan:

Sekiranya si mati telah mewasiatkan kepada orang tertentu untuk memandikannya, adakah wasiat itu perlu dilaksanakan?

Waheeda Nasir, Batu Pahat, Johor.

 

Jawapan:

Ya, wasiat itu hendaklah dilaksanakan selagi mana ia mampu dilaksanakan. Jika tidak dapat, seperti orang yang diwasiatkan berada di tempat yang jauh atau tidak tahu cara-cara memandikan jenazah, maka wasiat tersebut tidak perlu dilaksanakan. Demikian juga, jika wasiat tersebut menyebabkan urusan jenazah tertangguh, maka tidak perlu melaksanakannya. Ini kerana urusan jenazah hendaklah disegerakan berdasarkan pesan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Segerakanlah pengurusan jenazah karena jika dia adalah seorang yang soleh, maka kalian telah mendekatkannya pada kebaikan. Akan tetapi jika dia tidak termasuk orang yang soleh, maka bererti kalian meletakkan keburukan itu di bahu-bahu kalian. [Shahih Muslim, no: 1569/944]