Soalan: 

Apakah hukum apabila seorang lelaki berasa kagum lalu memuji kecantikan seseorang gadis? Sedangkan dalam hatinya tiada niat selain daripada memuji dan mengagumi kebesaran Allah.

Afidah Ariff, Johor.

 

Jawapan:

Hukumnya salah, kerana dua sebab.

Pertama, seorang lelaki yang benar aqidahnya akan mengetahui semua yang Allah cipta adalah cantik, indah dan baik. Maka dia tidak membeza-bezakan kadar kecantikan antara orang-orang yang berlainan.

Kedua, seorang lelaki yang beriman akan terus merendahkan atau mengalihkan pandangannya jika dia terlihat seorang gadis yang cantik. Dia tidak akan menatap wajah gadis tersebut sehingga memuji-mujinya.