Soalan:

Apa yang saya tahu, Hari Kiamat dikatakan jatuh pada hari Jumaat. Persoalannya, setiap negara di dunia ini waktu dan harinya adalah berbeza. Jadi bolehkah diterima pakai pendapat tersebut?

Raudhah Ishak, Ipoh, Perak.

 

Jawapan:

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat, kerana pada hari itulah Nabi Adam diciptakan. Pada hari itu pula dia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu pula dia dikeluarkan daripadanya (ke bumi ini). Hari Kiamat tidak terjadi kecuali pada hari Jumaat. [Shahih Muslim, no: 1411/854]

Oleh itu jatuhnya Hari Kiamat pada hari Jumaat bukanlah sekadar kata-kata orang atau pendapat, tetapi ia adalah sabda Rasulullah dalam sebuah hadis yang sahih. Adapun persoalan lokasi yang berbeza akan mengalami hari Jumaat yang berbeza, ia adalah perkara yang tidak akan terlintas di fikiran sesiapa jua tatkala berlakunya Kiamat kerana kedahsyatan hari tersebut.