Soalan:

Kebelakangan ini saya lihat ada segelintir wanita yang memakai purdah dengan pelbagai jenis gaya fesyen. Ada yang tidak menepati syariat, jarang dan berwarna-warni. Tidak keterlaluan juga memuat-naik wajah di facebook dengan memakai purdah tetapi dalam gaya yang menggoda (walaupun hanya nampak mata). Bagaimana pandangan ustaz tentang hal ini? Mohon penjelasan.

Aminah, Shah Alam, Selangor.

 

Jawapan:

Tidak ada seorang muslim yang sempurna. Ini termasuklah diri saya dan saudari yang bertanya. Setiap muslim pasti akan menepati syari’at Islam dalam sebahagian perkara dan menyelisihinya dalam sebahagian perkara yang lain. Tanggungjawab kita ialah saling menegur dan menasihati, serta mendoakan saudara-saudara muslim kita yang lain.