Soalan:

Bolehkah ustaz memberikan doa yang paling sesuai untuk mendapat seri wajah?

 

Jawapan:

Allah memahami semua doa dalam semua bahasa. Oleh itu boleh saja menyusun perkataan dan ayat yang tersendiri apabila berdoa. Namun yang paling penting dalam berdoa ialah meminta hidayah, rahmat dan keampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Oleh itu berdoalah: “Ya Allah, aku memohon hidayah-Mu agar aku dan ibubapa serta adik beradikku sentiasa berada di atas jalan yang Kamu redai, rahmatilah kami dan ampunilah kami.”

Orang yang berada di bawah hidayah, rahmat dan keampunan Allah akan sentiasa berseri-seri luar dan dalam, zahir dan batin, dunia dan akhirat. Ini tentu lebih baik berbanding wajah yang berseri-seri sahaja.