Soalan:

Saya ingin bertanya, adakah sah solat saya jika selepas mandi dan mengambil wudhu’, baru saya sedar yang tuala mandi yang saya pakai pernah terkena air mani. Setelah itu saya terus menunaikan solat. Adakah sah solat dan wudhu’ saya?

 

Jawapan:

Air mani bukanlah najis. Aisyah isteri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah mengikis dengan kukunya kesan air mani yang telah mengering pada pakaian baginda, lalu baginda mendirikan solat dengan pakaian itu [Shahih Muslim, no: 434/288]. Pada ketika yang lain Aisyah pernah membasuhnya lalu Rasulullah keluar untuk solat sementara baki air mani masih ada di pakaiannya. [Shahih al-Bukhari, no: 223/230]. Semua ini menunjukkan air mani bukanlah najis. Seandainya ia najis, tentu perlu dibasuh dengan baik.

Oleh itu wudhu’ dan solat anda adalah sah sebab air mani yang pernah terkena di tuala bukanlah najis.