Soalan:

Boleh ke saya takbir 4 kali kerana asyik tak jadi, masuk kali keempat baru jadi. Adakah lepas kali ke 3 itu kena ambil wuduk balik?

 

Jawapan:

Punca masalah di atas ialah kerana mengikuti ajaran di Malaysia bahawa untuk solat wajib melafazkan niat. Lafaz niat dalam bahasa Arab sebelum takbir, lafaz niat dalam bahasa Melayu ketika sedang takbir. Lafaz niat pula mestilah senafas dan lancar. Semua ini bukanlah ajaran yang berasal daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ia tidak terdapat dalam al-Qur’an dan hadis-hadis yang sahih. 

Apa yang disyari’atkan ialah niat sebelum solat. Niat pula ialah lintasan hati untuk melakukan sesuatu ibadah. Apabila seseorang itu ingin mendirikan solat Isyak, puasa Ramadhan dan Haji, ia sudah menjadi niatnya. Dia tidak perlu melafazkan apa-apa niat dalam apa-apa bahasa kerana Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati setiap hamba-Nya.

Oleh itu abaikan ajaran lafaz niat dan mulakanlah solat dengan takbir “Allahu Akbar” sahaja. Tidak perlu melafazkan apa-apa niat baik sebelum atau semasa takbir.