Soalan:

Apakah hukumnya sekiranya memperoleh sumber pendapatan hasil menyanyi dan bermain alat muzik? Adakah terdapat khilaf dalam isu ini? Harap sangat-sangat ustaz dapat membantu. Terima kasih.

 

Jawapan:

Nyanyian dan muzik ada banyak jenis. Ada yang memberi nasihat serta peringatan, ada yang menjadi godaan dan sumber kecuaian. Yang terakhir lebih kerap berbanding yang awal. Bahkan jika didengar dan dilihat kepada penyanyi-penyanyi nasyid masa kini, agak jelas ia sudah tersasar daripada objektif yang asal.

 

Oleh itu pilihan yang selamat ialah meninggalkan bidang nyanyian dan muzik. Ada pelbagai cara lain untuk memperolehi rezeki yang halal lagi diberkati Allah.