Soalan:

Apakah hukumnya seorang perempuan memberi hadiah contohnya al-Quran kepada seorang ajnabi tanpa pengetahuannya?

 

Jawapan:

Ajnabi ialah lelaki yang boleh dikahwini oleh seorang wanita. Walaupun memberi hadiah adalah sesuatu yang dianjurkan dalam Islam, saling memberi hadiah di antara lelaki dan wanita dibimbangi akan menggerakkan hati pemberi dan penerima ke arah satu sama lain. Pemberian hadiah akan menjadi langkah pertama ke arah pelbagai gerak hati dan perbuatan lain yang secara bertahap-tahap menghampiri sempadan haram. Oleh itu yang lebih selamat ialah tidak memberikan apa-apa hadiah.

 

Jika hendak dihadiahkan al-Qur’an, ada banyak wanita lain yang inginkan al-Qur’an, termasuklah mereka yang belum Islam dan berminat tentang Islam. Jika berminat kepada seorang lelaki dan bersedia menjadi seorang isteri, maka uruskan dengan cara yang selamat daripada apa-apa fitnah seperti melalui bantuan orang tengah yang lebih dewasa lagi dipercayai.