Soalan:

Disebabkan sibuk dengan urusan kerja, saya terlalai dan terlepas solat Maghrib. Soalannya, patutkah saya qada balik solat tersebut atau biarkan saja?

Aalia Hanim, Kuala Lumpur.

Jawapan:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang terlupa solat, maka hendaklah dia solat apabila teringat kerana Allah telah berfirman “Dirikanlah solat untuk mengingati-Ku”. [Shahih Muslim, no: 1097/680. Ayat al-Qur’an yang dibaca ialah Taha 20:14]

Oleh itu apabila ingat, hendaklah segera melaksanakan solat yang terlupa itu. Solat hendaklah juga dilaksanakan ikut tertibnya. Contoh jika teringat dalam waktu Isyak, hendaklah melaksanakan solat Maghrib terlebih dahulu, diikuti dengan solat Isyak.