Article Index



Kedua: Sebagai Meningkatkan Jati Diri Seorang Muslim.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنْ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنْ الأَمْوَالِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرْ الصَّابِرِينَ

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. [al-Baqarah 2:155]

Seseorang yang pernah mengalami kesukaran pasti akan memiliki jati diri yang lebih kukuh berbanding orang yang tidak pernah melaluinya. Jati diri tersebut dibuktikan dengan kesabaran dan ketenangan apabila menghadapi kesukaran, bukan dengan kemarahan dan rungutan.

Maka untuk meningkatkan jati diri seorang muslim, Allah Subhanahu wa Ta'ala akan sentiasa mengujinya dengan pelbagai ujian dari masa ke masa. Melalui kesabaran di antara ujian kepada ujian, bertambah tinggilah jati diri orang yang mengalaminya.

Ketiga: Sebagai Pengukur Tahap Iman.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لاَ يُفْتَنُونَ (2) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (3)

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut 29:2-3]

Keempat: Sebagai Peringatan Kepada Yang Leka.


{xtypo_rounded_right2} Tidak ketinggalan ialah orang yang telah dikurniakan Allah dengan penghayatan agama yang baik, lalu timbul sikap ujub dalam dirinya sehingga dia mula melencong atau memandang hina orang yang rendah penghayatan agamanya {/xtypo_rounded_right2}Manusia apabila dalam kesenangan, mereka lazimnya akan leka daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala, daripada mensyukuri nikmat-Nya dan daripada memperbanyakkan ingatan (zikr) kepadanya. Tidak ketinggalan ialah orang yang telah dikurniakan Allah dengan penghayatan agama yang baik, lalu timbul sikap ujub dalam dirinya sehingga dia mula melencong atau memandang hina orang yang rendah penghayatan agamanya. Terhadap manusia yang leka sebegini, Allah Subhanahu wa Ta'ala menurunkan musibah, bala’ dan fitnah kepadanya agar dia kembali mengingati Allah.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

أَوَلاَ يَرَوْنَ أَنَّهُمْ يُفْتَنُونَ فِي كُلِّ عَامٍ مَرَّةً أَوْ مَرَّتَيْنِ ثُمَّ لاَ يَتُوبُونَ وَلاَ هُمْ يَذَّكَّرُونَ

Dan mereka tidak mahu memperhatikan, bahawa mereka dicuba (dengan pelbagai ujian) pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali; kemudian mereka tidak juga bertaubat dan tidak pula mereka mahu beringat (serta insaf)? [al-Taubah 9:126]

Kelima: Sebagai Balasan Kepada Orang Shalih Yang Tidak Melaksanakan Amar Ma’ruf Dan Nahi Mungkar.

Saya pernah mendengar orang yang menganggap dirinya shalih berkata kepada orang yang lazim melakukan kemungkaran: “Disebabkan mereka inilah Allah menurunkan azab!” Kenyataan ini tidak semestinya betul kerana adakalanya Allah Subhanahu wa Ta'ala menurunkan musibah, bala’ dan fitnah kerana orang shalih yang enggan melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar terhadap orang yang lazim melakukan kemungkaran. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لاَ تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) fitnah yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya. [al-Anfal 8:25]

Selari dengan ayat ini, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

مَا مِنْ قَوْمٍ يُعْمَلُ فِيهِمْ بِالْمَعَاصِي هُمْ أَعَزُّ وَأَكْثَرُ مِمَّنْ يَعْمَلُهُ لَمْ يُغَيِّرُوهُ إِلاَّ عَمَّهُمْ اللَّهُ بِعِقَابٍ

Tidaklah satu kaum yang di kalangan mereka terdapat orang-orang yang melakukan maksiat sementara kaum itu pula lebih kuat dan lebih ramai daripada orang-orang yang melakukan maksiat, tetapi mereka tidak pula menghalangnya, melainkan Allah meliputi mereka semua dengan siksaan.