Assalamu 'alaikum

Adakah perbuatan membaca "salamun qaula mirrabbirrahim"(surah yassin:58) sebanyak 3 kali di bolehkan? adakah ianya sunnah?

Jawab THTL:

Wa'alaikumsalam wrh

Berkata Ibn Abbas (tafsir Ibn Katheer), Allah sendiri akan mengucapkan salam kepada ahlil Jannah (penghuni Syurga) ketika mereka memasuki syurga buat pertama kali. Ia juga disebut dalam surah alAhzzab: ayat 44

Mengenai fadhilat dan kaifiyat menyebutnya 3X, kita semak dalam beberapa kitab, antaranya al-Manar al-Munif oleh Ibn Qayyim, tidak ada akan kaifiyat ini. Kami mengesyaki kaifiyat baca Yassin ini direka oleh kaum zindik untuk menggalakkan manusia membaca Yasin malam juma'at, ketika orang nazak, ketika mayat terbujur, ketika ziarah kubur dan ketika berdukun.

Asalnya perbuatan membaca Yasin beramai-ramai dengan suara keras itupun sudah bid'ah agama, maka jika ditambah dgn kaifiyat bacaan yang tidak sunnah, maka bertambahlah bid'ahnya.

(Dr Muhammad Musa Nasyr, al-Bahts wal istiqra' fi Bida'il Qur:an/52)