Soalan:

Keluarga saya ada mengambil seorang anak angkat yang masih bayi. Bolehkah keluarga saya mengadakan aqiqah untuknya?

Safia Ahmad, Terengganu.

 

Jawapan: Ya, dibolehkan. Ini kerana hadis-hadis yang menganjurkan aqiqah tidak mensyaratkan aqiqah tersebut dilakukan oleh ibubapa kandung sahaja. Oleh itu sesiapa saja boleh membuat aqiqah untuk seorang bayi, apatah lagi jika ia dilakukan oleh orang yang Allah berikan kepadanya kelapangan harta dalam rangka membantu ibubapa bayi yang miskin.