Assalamu 'alaikum,side.jpg

Kenapa perlunya ada paradigm shift? Kenapa nak pindah dari bermazhab kepada fahaman neo-salafi? Secara tak langsung di sini XXXX telah mengutarakan bahawa perlunya ada perubahan kerana di sisi kaum neo-salafi, pegangan mazhab 4 banyak yang seleweng/salah atau sebagainya.

Tetapi atas dasar apakah nilaian ini? Tak lain tak bukan kerana kaum neo-salafi beranggapan qaedah istinbat hukum para ulama' mazhab tidak menepati ciri-ciri Salafus Soleh, yang mengakibatkan fatwa-fatwa mazhab dhaif/bid'ah dan sebagainya, di sisi neo-salafi.

Atas dasar itulah ana sering bertanya, utarakanlah qaedah-qaedah istinabat hukum pihak neo-salafi. Kalau benar anda tidak bertaqlid langsung, maka nyatakanlah di alam cyber ini qaedah-qaedah istinbat hukum hasil dari ambilan anda terus dari Quran dan Sunnah.

-----------------------------------

Komen THTL:

Wa 'alaikumsalam,

Pada asalnya kita semua tidak mengenali istilah-istilah yang anda sebutkan itu...neo-salafi, as-salafiah, dsbnya..Istilah yang pertama muncul dlm dunia Islam ialah ASWJ kerana berlaku pertelingkahan aqeedah yang parah, maka lahirlah istilah ASWJ, (sedangkan sebelum ini istilah ASWJ ini tidak dikenali oleh para sahabat. Begitu juga istilah Salafus-soleh)

Selepas itu muncul pula perselisihan dalam masalah feqah yang menghasilkan pula jenama dan pelbagai madzhab feqah (ada yang masih bertahan dan ada yang sudah pupus di telan zaman).

Kita memandang lahirnya pelbagai nama jenama dan madzhab ini tidak ada salahnya, cuma yang menjadi masalahnya ialah jenama dan madzhab itu telah melahirkan fan club dan akhirnya menjadi cultish (fanatik atau ta'asub) Lalu mereka telah mengutamakan pendapat Imam-imam mereka mengatasi syara'..Hartawan dan pemerintah kemudian menaja dan mengembangkan madzhab tertentu dan akhirnya berlakulah siri persengkitaan dan peperangan disebabkan oleh jenama dan madzhab ini.

Misalnya: Orang Syafi'iah tidak boleh solat dibelakang dibelakang hanafiah, juga tidak boleh kahwin antara syafi'iyah dan hanafiah adalah antara keruncingan isu madzhab dan jenama.

Akan tetapi Allah mengasihi umat ini dengan lahirnya tokoh pembaharu pada setiap qurun atau mujaddid yang menyeru kembali kepada Al-Qur'an dan as-Sunnah. Cara nak kembali kepada Al-Qur'an dan as-Sunnah ini sudah tentu melalui jalan yang digariskan oleh mujaddid tersebut dan ilmu.

Ilmu ini tidak dapat kita huraikan di sini kerana topiknya berat dan apa yang kita boleh seru ialah supaya mereka membuka minda kepada dunia muqaran (perbandingan) dan ini sedang berlaku di Malaysia kita. Contoh: membayar zakat fitrah dengan wang adalah Hanafiah; manakala dalam kelas-kelas pengajian feqah di universiti tempatan dan masjid sudah didedahkan dengan pendapat Imam-imam selain Syafi'iyah.

Gerakan paradigm shift untuk mengurangkan fanatik madzhab ini ialah usaha Imam Hasan al-Banna yang mengarahkan Syaikh Sayyid Sabiq mengarang kitab fiqh Sunnah dan ia disiapkan pada tahun 1952.Mereka yang mendapat tempias dari gerakan yang hebat ini telah mula berperanan dalam masyarakat kerana Imam Hasan telah membina semula visi dan misi masyarakat Islam, iatu sebuah masyarakat, daulah dan khilafah yang asal yang disatukan hanya dengan Al-Qur'an dan as-Sunnah.

Al-Qardhawi, Muhammad al-Ghazali, Muhammad Abu Zuhrah, Dr Abd Karim Zaidan, Albani… akhirnya muncul nama-nama besar ini dari dakwah agung al-banna dan mereka sedang menguasai fiqh antarabangsa kini bertujuan mengembangkan fiqh al-muqaran.

Jika lahirnya lebih ramai fuqaha' dan ustaz yang memiliki aliran sebegini dalam jabatan mufti dan pentadbiran agama dinegara-negara, maka akan kendurlah semangat kemadzhaban dan berjenama itu.