Menjemput Jiran-Jiran Belum Muslim Untuk Makan Bersama-sama Daging Korban

akob_the_great_03 wrote:

Assalaamu'alaikum

S2S atau sesiapa boleh tolong jawab tak.

Nak tanya satu soalan Bolehkah menjemput jiran-jiran belum muslim untuk makan bersama-sama daging korban tersebut ?

Jawapan Tuan Hassan Tuan Lah:

Mula-mula kita kena baca ayat surah alMumtahinah:8-9

AQ 60: 8
"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kerana agama dan tidak mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil."

AQ 60:9
"Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan kawanmu orang-orang yg memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu untuk mengusirmu.."

Ayat itu menjelaskan syarat-syarat yang umum bukan sahaja melibatkan daging korban, tapi baitul mal dan zakat.

Ayat ini menetapkan hubungan kita dengan orang bukan Islam ialah hubungan baik dan dakwah. Maka syarat utama ialah non-muslim yang tidak memerangi kita dan ada konspirasi mengusir kita dari tanahair kita..

Lagi satu:
Pembahagian daging korban itu difahami dari amalan salaf ialah dibahagi tiga.  Sepertiga untuk fakirmiskin, sepertiga untuk dihadiah/pemberian dan sepertiga untuk diri dan keluarga. Maka non-muslim juga boleh masuk dalam kategori fuqara' dan pemberian untuk menjinakkan hati mereka.