Assalamualaikum warahmatullah

Alhamdulillah, sukacita diumumkan sebuah buku terbitan
yang baru:

Tajuk: Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah
(Buku 1)

Penyusun: Hafiz Firdaus Abdullah.


Saiz buku: 7 x 7, 229 mukasurat.

Harga: RM 17.00

Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru. 07-235 1602

Ulasan ringkas:

Hadis ahad, azab kubur, aurat wanita, penurunan Nabi
Isa pada akhir zaman, modernisme dan Islam Liberal,
demikianlah beberapa isu yang dibangkitkan oleh
segelintir pihak dalam akhbar-akhbar harian dan
majalah tempatan kebelakangan ini. Buku ini disusun
khas, berupa himpunan beberapa risalah atau artikel
yang dipilih khas dalam subjek-subjek di atas untuk
menjelaskan apa yang benar dan memisahkan apa yang
batil.

Risalah-risalah yang dipilih adalah hasil karangan
para penulis yang serba berlainan latar belakangnya
akan tetapi memiliki ilmu dan kejujuran dalam membahas
persoalan agama. Sebahagian daripada risalah-risalah
ini adalah apa yang sebelum ini pernah disiarkan dalam
Majalah i. Syukran Jazilan diucapkan kepada akhie
Ahmad Yani yang mengizinkan risalah-risalah tersebut
diterbitkan dalam bentuk buku.

Risalah-risalah yang dihimpun dalam buku ini adalah:

1. AZAB DAN NIKMAT KUBUR DALAM AL-QURAN DAN AL-HADIS
oleh Ustaz Dr. Abdullah Yasin

2. SERANGAN TERHADAP ISU AURAT WANITA

oleh Ustaz Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

3. MEMBANTAH AZAB KUBUR MENYANGGAH AKIDAH
AHLI SUNNAH WA JAMAAH

oleh Ustaz Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

4. GERAKAN MODERNIS: ANTARA KEMAJUAN DAN HAWA NAFSU
oleh Muhammad Rafiq @ Saw Eng Sian

5. EMPOWERING WOMEN THROUGH THE TEACHINGS OF ISLAM:
UNCOVERING THE UNTRUTHS OF WESTERN FEMINISM

oleh Umm Ziyaad.

6. MEMBEDAH KOTAK PEMIKIRAN ASTORA JABAT

oleh Tok Janggut

7. AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMA`AH : AN INTRODUCTION
oleh Muhammad Khairul bin Mohamed

8. MAZHAB IMAM AL-SYAFI‘I TERHADAP SUNNAH DAN HADIS
oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus.

9. AURAT DAN PAKAIAN WANITA: SATU ANALISA KE ATAS
ARTIKEL “MEMAHAMI AURAT WANITA” KARANGAN ZAINUDIN
IDRIS.
oleh Hafiz Firdaus Abdullah

10. KEDUDUKAN HADIS AHAD: DARI ZAMAN AWAL ISLAM
SEHINGGA KINI.
oleh Hafiz Firdaus Abdullah.

11. MENGANALISA DAN MENJAWAB LIMA ALASAN MEREKA YANG
MENOLAK PENURUNAN ‘ISA PADA AKHIR ZAMAN.
oleh Hafiz Firdaus Abdullah

12. MEMBONGKAR ALIRAN ISLAM LIBERAL
oleh Hafiz Firdaus Abdullah

Selamat Membaca dan Mengkaji. Buku ini boleh didapati
di mana-mana kedai yang kebiasaannya menjual buku-buku
terbitan Jahabersa. Atau hubungi terus penerbit di
07-2351602 untuk lokasi pengedar atau pesanan pos.

Wassalam.