Jodol: Hukum Bacaan al-Quran untuk Si Mati - Apakah Sampai Pahalanya?

Pengarang: Ust Dr Zulkifli Mohammad al-Bakri (Pensyarah Kanan UNITI, PD)
Penyunting: Ustaz Mohd Khairuddin alTakiri, BA Univ Yarmouk, Jordan,
Tutor UKM

Penerbit: Darul Fuqaha Ent, Kajang
Edisi: Pertama (2005)
Tebal: 50 ms// Harga: RM 6.00

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dr Zulkifli alBakri membahaskan isu sensitif dalam masyarakat mengenai isu hukum membaca al-Qur:an dan menyedeqahkan kepada si mati. Beliau mengemukakan dua pendapat yg saling bertentangan:


Pendapat Jumhur: sampainya pahala bacaan alQur'an kpd si mati, menurut beliau adalah pendapat Hanafi, Maliki, Hanbali, sebahagian Maliki dan sebahagian Syafi'iy spt Imam Nawawi dan Syuyuthi. Di sokong oleh Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim dan Fuqaha Kontemporer spt Wahbah Zuhaili, alButhi, Atiyah Saqr, dan alSyurbasyi.

Pendapat minoritas: Tidak sampainya pahala bacaan, menurut DR alBakri adalah pendapat Imam Syafi'iy sendiri. Pendapat Syafi'iy di dokong oleh Mahmud Syaltut, Lajnah Daimah KSA,

Setelah membahaskan dalil dan hujah kedua belah pihak, akhirnya Dr alBakri sebagai ahli majlis fatwa N9 memutuskan qarar (keputusan) majlis fatwa N9, bahawa sampainya pahala bacaan AQ kepada si mati.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ulasan s2s:

Banyak kecacatan buku ini dan mungkin akan dipertimbangkan utk di radd kerana beberapa kesalahan fatal dalam mengambil pendapat Ibn Taymiyah dan Ibn Qayyim serta beberapa hadis yg kontroversi.