Jodol: Wirid-wirid Menjelang Persalinan
(al-Ifaadat fiima jaa' fii Wurid al-Wilaadah)

Pengarang: Ummu Abdillah Nuurah Abdul Rahman, Riyadh, KSA
Terjemahan Indonesia oleh Nafi' Zainuddin
Penerbit: Solo, Id (PT atTibyan)


Tanpa edisi dan tanpa tarikh
Tebal: 96 ms (edisi kecil), Harga impot: RM 7.80
Pengimpot Malaysia: Pustaka Indon

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berita baik buat bakal2 bapa dan ibu atau setiap muslimat yg akan melahirkan anak. Kitab nipis ini amat baik sekali dibawa ke dalam bilik labour (bilik bersalin) untuk menghilangkan kesusahan dan kegelisahan bersalin..



------------------------

Kitab ini diberi kata Pengantar oleh Ulama' senior KSA, Syaikh Abdullah alJibreen. Amat jarang ada penulis wanita dari negara salafiyah ini.


Wirid menjelang bersalin ini hanya diambil dari AQ, hadith sahih dan kitab2 wirid yg ditahqeeq sahaja, antara dari Wabil alSyayyib karya syaikhul Islam Ibn Qayyim yg ditahqeeq oleh abdul Qadir alArna'uth. Baik sekali untuk dijadikan naskhah hadiah bila mengunjungi wanita yg bakal bersalin tak lama lagi...