Dari munirahayati2000
Date: Wed Mar 5, 2003
8:07 am
Assalamualaikum,
Perempuan
yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang
dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada
keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu
beriman kepada Allah, dan hari akherat, dan hendaklah (pelaksanaan)
hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang
beriman. AN NUUR (24:2)
saya masih perlukan penerangan, kali ini saya bawa ayat di atas pula.
ada seorang ustazah memberi tahu tafsiran beliau terhadap ayat di atas sebegini;
"Dlm
ayat tersebut, Allah sebut 'perempuan yg berzina' dahulu sebelum
'lelaki yg berzina'. Ini adalah kerana zina bermula kerana perempuan.
(i.e perempuan yg menggoda, tak tutup aurat, suara manja etc.) Jika
tidak, tidak akan terjadi zina sebab kalau lelaki jahat yg mulakan
terjadilah kejadian permerkosaan. "
soalan saya boleh kah tafsirkan begini, i.e mengikut turutan sebutan
sesuatu dlm ayat al Qur'an?