Selain puasa wajib pada bulan Ramadhan, syari‘at Islam juga membuka peluang kepada sesiapa yang ingin berpuasa di luar bulan Ramadhan. Ia disebut sebagai puasa sunat dan terbahagi kepada beberapa jenis. Puasa-puasa sunat adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Rasulullah s.a.w. bersabda, bahawa Allah s.w.t. berfirman (Hadis Qudsi):
“Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah melanjutkan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1151 (Kitab al-Siyam, Bab keutamaan berpuasa)]
Alhamdulillah, bersama ini diumumkan terbitan beberapa buku baru.
Semuanya diterbitkan oleh Jahabersa, Johor Bahru. Ia boleh didapati di kedai-kedai buku agama yang lazim menjual terbitan Jahabersa. Atau hubungi penerbit di 07-2351602.
Pertama:
Judul: Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 5) Pengarang: Hafiz Firdaus Abdullah
Saiz dan harga: 7x7, 233 mukasurat, RM18.00