“Pengurus Bahagian Pinjaman Konvesional. Hmm…dia sendiri banyak berhutang dan terlewat beberapa
bayaran.”
“Pengurus Bahagian Pinjaman Islam. Err! Akhlak tak Islamik, kalau janji memang jarang-jarang dia tunaikan. Ini pula
nak janji pinjamkan aku duit. Pasti dimungkiri lagi.”
“Pengurus Bahagian Kontrak. Pegh! Kalau keluar makan bersama tak pernah dia yang nak keluar duit. Asyik orang lain
yang belanja.”
“Pengurus Khidmat Pelanggan. Hush! Pasti mustahil. Dengan semua pelanggan dia senyum dan sembang, sesama kami
pekerja bank senyap memanjang aje.”
“Pengurus Urusan Kaunter. Ini juga rasanya susah, sebab dia baru bertukar ke cawangan ini. Masakan dia dapat
pinjamkan aku dua puluh ribu ringgit.”
“Pengurus Cawangan. Jarang-jarang nampak muka. Asyik mencari peminjam di promosi jualan
hartanah.”
“Aku cemburulah tengok engkau ini Shad” tiba-tiba Jamal menyapa dari meja sebelah, di celah-celah fail yang
menimbun di atas meja.
“Err…apa?” Arshad tersentak, segera menegakkan semula pena Pilot G-2nya yang tertidur ketika dia
termenung tadi. Konon sedang sibuk menyemak dokumen di atas meja.
Dalam bulan Febuari terdapat hari “Valentine’s Day”, iaitu pada 14 haribulan. Terdapat banyak perbincangan
berkenaan hari ini, dari aspek sejarah hinggalah ke aspek hukum agama. Tidak mahu ketinggalan, penulisan saya pada bulan ini turut menyentuh berkenaan “Valentine’s
Day”, tetapi dari sudut yang lain.
Dikatakan bahawa “Valentine’s Day” berasal dari sejarah seorang tokoh Kristian bernama Saint
Valentine. Terdapat beberapa riwayat sejarah tentang apa yang sebenarnya dilakukan oleh tokoh ini, dengan kebanyakan riwayat itu berpaksi kepada usaha dia menyemarakkan kasih sayang di kalangan
pasangan lelaki dan wanita. Tokoh itu bukan sebarangan tokoh, tetapi berpangkat “wali” sebagaimana yang dikenali dari namanya: “Saint” Valentine.
Teringat zaman sekolah rendah dahulu
di mana di antara bentuk karangan yang diajar dan ditugaskan ialah seseorang itu menulis seolah-olah dia sebuah objek atau haiwan. “Saya sebuah basikal”, “Saya sepasang
kasut”, “Saya seekor kucing” dan sebagainya, lalu diceritakan kisahnya dari awal hingga akhir.
Maka pada ruangan bulan ini saya
ingin menulis seolah-olah saya sebuah bangunan, di pusat perniagaan Bukit Gajah. Saya siap dibina pada tahun 2008 dan merupakan salah satu di antara sederetan kedai di Pusat Perniagaan Bukit
Gajah. Saya dibeli oleh seorang manusia bernama Encik Abdul Razak dan dia menyenaraikan saya sebagai salah satu unit kedai untuk disewa.
Penyewa saya yang pertama ialah Puan
Janet dan beliau menjadikan saya sebagai pusat belajar muzik. Ramai kanak-kanak kecil hingga belasan tahun dihantar oleh ibubapa mereka untuk belajar muzik. Saya memiliki beberapa bilik kecil di
mana setiap bilik menempatkan alat muzik yang berbeza – piano, violin, gitar dan drum. Puan Janet tidak menggantung papan tanda nama perniagaannya kerana menjimatkan kos, akan tetapi orang
ramai sedia menggelarnya akademi muzik Puan Janet.
Majalah Nur:Faktor yang menyebabkan kapten tergerak untuk menunaikan haji (mention ketika itu usia berapa dan tahun bila)?
Hafiz Firdaus:Alhamdulillah, saya dan isteri menunaikan haji
pada tahun 1996. Ketika itu umur saya 25 tahun. Terdapat beberapa faktor, antara yang utama ialah amal ibadah jangan ditangguhkan. Jika kita mengangguhkannya, Allah juga menangguhkan rahmat dan
ganjarannya kepada kita.
Alhamdulillah,
kita telah melangkah ke tahun 2010. Bagi orang yang hidupnya tidak bermatlamat, malam 31 Disember 2009 menjadi malam mengira detik jam, berpesta, melancarkan bunga api dan pelbagai lagi
aktiviti lagha (sia-sia). Akan tetapi bagi mereka yang hidupnya penuh misi dan visi – tentu sekali di antaranya ialah pembaca majalah i – malam 31 Disember merupakan
malam yang menghampirkan dirinya kepada perhitungan di hadapan Allah. Masa berjalan, tahun bersilih ganti, umur meningkat. Kita memang akan dihitung di hadapan Allah dan setiap kali masuknya
tahun baru, kita semakin hampir kepada perhitungan itu.