HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Notis dan Pengumuman
e-Buku baru: 47 Persoalan Qadar dan Qadha PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Sunday, 04 March 2012

Assalaamu`alaikom wa rahmatulaahi wa barokaatuh

Dimaklumkan bahawa e-buku versi PDF bertajuk 47 Persoalan Qadar dan Qadha hasil tulisan Kapten Hafiz Firdaus Abdullah telah dimuat naik dan boleh di muat turun. Buku ini berbentuk soal-jawab, menghimpunkan 47 soalan yang paling lazim ditanya tentang taqdir serta penting untuk diketahui jawapannya. Ia bermula dari soalan yang mudah seperti maksud Qadar dan Qadha sehinggalah yang lebih berat seperti syurga-neraka, hidayah dan kesesatan.

Sebahagian dari soalan-soalan tersebut pernah ditanya dan dibincang dalam forum Al-Fikrah.net

Keutamaan diberikan kepada penjelasan yang mudah kerana kerap kali subjek taqdir ini agak sukar dan memeningkan.

Sila layari laman e-buku untuk mengikuti perbincangan tersebut.

 
April 2012: SMS PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Wednesday, 02 May 2012

SMS Asnani Kepada Ikhwan:

Abg…dh 6 ptg. Dh keluar ofis ke x? JANGAN asyik overtime je. Nanti g Tesco atau Giant,

belikan lampin utk Aina. Huggies je, sz S. Jgn beli yang murah2.

 

SMS Ikhwan Kepada Asnani:

Ya, kat ofis. Tengoklah…bila nak balik, baliklah. Kerja byk. U duk rumah je, g lah beli sendiri.

 

Di atas adalah contoh komunikasi SMS (Sistem Pesanan Ringkas) antara pasangan suami isteri Ikhwan dan Asnani.

texting.jpeg

 Ikhwan bekerja dan kerana kesibukan tugas, masih di pejabat meskipun waktu sudah mencecah enam petang. Asnani juga bekerja namun kini dalam rangka cuti bersalin kerana baru melahirkan cahaya mata mereka yang pertama, Aina Farhana.

Jika dicermati SMS di atas, agaknya ia adalah satu kebiasaan. Tiada apa-apa yang salah, tiada apa-apa yang hendak dibangkitkan. Akan tetapi, sebagai bakal suami isteri yang cemerlang, sudah tentu kita tidak mahu berada di tahap sekadar “kebiasaan”. Kita ingin kecemerlangan dalam pelbagai aspek, termasuklah komunikasi di antara suami dan isteri. Bagaimana kita boleh perbaiki komunikasi di atas, meskipun hanya melalui SMS? Berikut saya berikan beberapa cadangan. 

Be first to comment this article | Add as favourites (29) | Quote this article on your site | Views: 443

Baca lagi...
 
April 2012: Muslim Bertaqwa PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Wednesday, 02 May 2012

Sebelum ini saya biasa mendengar perkataan “taqwa” ditafsirkan sebagai takut kepada Allah. Baik dari mimbar Jumaat mahu pun kuliah Maghrib, taqwa disinonimkan dengan takut kepada Allah. Sebegitu lazim, saya sangkakan memang itulah pengertian taqwa, yakni takut kepada Allah.

Akan tetapi baru-baru ketika sedang membaca al-Qur’an, saya menemui ayat berikut di mana Allah berfirman: Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya; dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan. [al-Nur 24:52]

sadaqah.jpeg

Jika dihalusi ayat di atas, Allah menyebut takut kepada-Nya dan bertaqwa kepada-Nya secara berasingan. Dalam disiplin ilmu al-Qur’an, apabila Allah mengasingkan dua perkataan, bererti ia merujuk kepada dua maksud atau dua perkara yang berbeza. Ia tidak boleh merujuk kepada dua maksud yang sama kerana yang sedemikian tidak selari dengan keagungan bahasa al-Qur’an.

Be first to comment this article | Add as favourites (28) | Quote this article on your site | Views: 386

Baca lagi...
 
April 2012: Surah al-Fatihah PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Wednesday, 02 May 2012

fathah_the_opening.jpeg 

Mulai bulan ini, saya – insyaAllah – secara bersiri akan menghuraikan maksud dan mutiara-mutiara sebuah surah al-Qur’an yang kita baca berulang kali dalam sehari. Surah ini amatlah penting sehingga ia menjadi syarat sah atau tidak solat yang kita dirikan. Bahkan ia menjadi kunci sama ada solat yang kita dirikan itu memberi kesan positif atau sebaliknya dalam kehidupan seharian. Ini kerana antara hikmah solat ialah, sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah: Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. [al-Ankabut 29:45]

Namun apabila solat itu masih tidak dapat mencegah diri kita atau orang lain dari perbuatan keji dan mungkar, ertinya terdapat beberapa kekurangan dalam solat yang didirikan itu. Kekurangan yang penting ialah tidak memahami dan menghayati surah al-Fatihah yang dibaca di dalam solat. Sebelum kita menghuraikan maksud dan mutiara-mutiara surah yang agung ini, marilah kita tinjau terlebih dahulu beberapa keutamaannya.

 

Keutamaan Surah al-Fatihah.

al-Fatihah bererti pembukaan, justeru di sini ia bermaksud sebagai pembukaan kepada kitab al-Qur’an al-Karim. Kitab al-Qur’an adalah sebuah buku yang Allah berikan kepada kita sebagai panduan hidup. Ia adalah sebuah buku yang suci, tinggi nilainya, mengandungi pelbagai hikmah dan pengajaran serta tidak memiliki apa-apa tandingan dengan mana-mana buku lain, baik dari agama lain atau para penulis hebat yang lain. Nah! Jika sedemikian hebat buku atau kitab al-Qur’an ini, maka bayangkan betapa hebat pula surah atau bab yang menjadi pembuka kepada al-Qur’an! 

Be first to comment this article | Add as favourites (26) | Quote this article on your site | Views: 618

Baca lagi...
 
Buku Baru: 202 Pelajaran Berkenaan Poligami PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Monday, 20 February 2012

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

Alhamdolillah buku yang lama dinanti-nantikan telah pun terbit. Jemputlah semua sahabat-sahabat untuk membaca, mengkaji dan menganalisa. Baik yang single atau married, baik yang sudah berpoligami atau dalam perancangan, baik yang suka atau benci, buku ini saya tulis untuk semua.

poligami.jpg

Author : Hafiz Firdaus Abdullah

Pages : 268, Paperback

Our Ref : PJ-2181

ISBN : 978-967-308-316-9 

 

Synopsis :

Poligami ialah salah satu daripada syari'at Islam. Sayang sekali masyarakat memliki pandangan yang serong terhadapanya. Ada yang membencinya, ada yang menyalahgunakannya. Buku ini berperanan membetulkan kedudukan poligami di sisi masyarakat. Ia menerangkan hukum dan hikmah, serta membetulkan beberapa salah faham terhadap poligami. Ia juga memberikan tips-tips poligami kepada para suami dan isteri yang akan atau sudah hidup di alam poligami. 

 

Selamat mentelaah...

Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh 

 
<< Mula < Sebelum 1 2 Kemudian > Akhir >>

Keputusan 1 - 9 terhadap 12
 
 

Statistik

821,556Visitors:
576Visitors today:
744Visitors yesterday:
352.23Visitors per day: Ø
3,806,265Page views:
2,584Page views today:
5,472Page views yesterday:
1,631.90Page views per day: Ø
4.63Page views per visitor: Ø
136Page views this page:
118Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.