|
Feb 2012: Hadis Fathimah binti Qays |
|
|
|
|
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
|
|
Saturday, 03 March 2012 |
|
Bulan ini saya ingin mengajak para pembaca sekalian untuk mengkaji semula sebuah hadis yang masyhur, dikenali sebagai Hadis Fathimah
binti Qays. Hadis ini masyhur bukan kerana masyhurnya Fathimah binti Qays, tetapi kerana ia dijadikan dalil dan hujah untuk “boleh mengata dan mengaibkan orang lain”.
Bagi para pembaca yang belum mengenali hadis ini, ia merujuk kepada kes seorang shahabiyah (sahabat wanita pada zaman Rasulullah) yang bernama Fathimah
binti Qays, semoga Allah meredhainya. Setelah diceraikan oleh suaminya, Fathimah dilamar oleh dua orang lelaki, iaitu Mu’awiyah bin Abu Sufyan dan Abu Jahm. Dalam menilai di antara dua
lamaran ini, Fathimah telah pergi berjumpa Rasulullah meminta pandangan baginda. Setelah ditanya, Rasulullah menjawab:
“Abu Jahm adalah orang yang tidak meninggalkan tongkatnya dari lehernya sedangkan Mu’awiyah adalah orang yang miskin, tidak memiliki
harta.” [Shahih Muslim, no: 2709]
Be first to comment this article | Add as favourites (40) | Quote this article on your site | Views: 702 |
|
Baca lagi...
|
|
|
Feb 2012: Niat Beramal Shalih |
|
|
|
|
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
|
|
Saturday, 03 March 2012 |
|
“Sedih aku, dah rancang awal-awal untuk membantu
majlis di surau kolej kita. Saat akhir, aku demam panas yang teruk sehingga terbaring saja atas katil” Aisyah merungut kepada rakannya Munirah.
“Rugi saja. Aku ini salah seorang ahli
jawatankuasa penganjur, macam mana nak dapat pahala kalau terbaring saja atas katil” Aisyah meneruskan lagi.
“Aku juga terasa rugi. Kisah aku pula, ada empat
pelajar yang ingin mengikuti program tetapi mereka kata
tidak cukup duit untuk bayar yuran dua puluh lima ringgit tu. Maka aku pun konon nak membantu mereka, membayar bagi pihak mereka.
Tengok-tengok ketika program, mereka asyik bermain handphone. Bukan yang
murah-murah macam aku punya ni, tetapi smart phone yang pasti berharga lebih
seribu ringgit sebuah” Munirah pula merungut kepada Aisyah.
“Rugi saja aku keluarkan seratus ringgit untuk
bayarkan yuran mereka berempat.”
“Hah! Itulah engkau. Lain kali sebelum nak
sponsor orang siasat dulu sama ada mereka itu kaya atau miskin” pesan Aisyah kepada Munirah.
“Engkau pun, lain kali kalau nak buat sesuatu
majlis jangan sungguh-sungguh sangat sehingga akhirnya demam” Munirah membalas kembali.
Be first to comment this article | Add as favourites (45) | Quote this article on your site | Views: 723 |
|
Baca lagi...
|
|
|
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
|
|
Saturday, 03 March 2012 |
|
Baked Pasta yang dipesan oleh Emilia terasa masin, seolah-olah ada ketulan-ketulan garam di dalamnya. Piza kecil yang dipesan oleh
Ikram pula masih belum disentuh, rotinya semakin mengeras. Emilia bermain-main makanannya dengan garpunya, sementara Ikram pula merenung jauh melepasi dinding restoran di Sunway Piramid.
Kedua-duanya diam seribu bahasa.
“Dah buat salah bukan nak mengaku. Memang dasar lelaki…ego!” Emilia merungut dalam hatinya.
“Alang-alang dah siap awal, membebel pula kat aku. Padahal 10 minit je aku dah siap!” Ikram pula merungut dalam hatinya,
seolah-olah kedua-dua suami isteri ini berbicara dari hati ke hati. Akan tetapi dengan hati yang sedang marah, menanti dipujuk.
“Tak pernah pun nak minta maaf bila buat apa-apa kesilapan” Emilia merungut lagi.
“Kalau dia yang lewat, tidak pula aku membebel kepadanya” Ikram membalas pula. “Marah-marah pun, aku juga yang belanja
makan malam ini.”
“Cepatlah makan piza tu. Aku nak balik tidur, melupakan semua yang berlaku malam ini” rungut Emilia sambil menjeling ke arah
piza Ikram yang masih belum disentuhnya.
“Dia cucuk-cucuk pasta dengan garpu tu macam sedang cucuk-cucuk aku saja. Marahlah tu….humph!” balas Ikram pula sambil
menjeling ke arah baked pasta Emilia.
Be first to comment this article | Add as favourites (44) | Quote this article on your site | Views: 1201 |
|
Baca lagi...
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 Kemudian > Akhir >>
|
| Keputusan 10 - 12 terhadap 12 |