|
Jihad
adalah satu eleman yang sangat penting dalam agama, berkedudukan tinggi
dalam diri seorang muslim bahkan disifatkan sebagai kayu pengukur
keimanan individu tersebut. Seruan jihad merangkumi pelbagai erti,
seperti berdakwah, berjuang, menahan nafsu dan juga berperang dengan
mengangkat senjata. Malangnya, segelintir orang atau sesetengah
kumpulan menggangap jihad sebagai perang suci semata-mata sehingga hal
ini memjejaskan imej Islam yang mempunyai fitrah sebagai rahmah li
al-'AlamEn.
Jihad
dengan pelbagai dimensi dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w menerusi
perjuangan dan dakwah baginda s.a.w di Mekah dan Madinah dengan
menggunakan beberapa pendekatan, diantaranya: menyeru kebaikan dan
mencegah kejahatan (al-Amr bi al-Ma'rEF wa nahy 'an al-Munkar),
menyatupadukan berbilang kaum yang berlainan etnik, membentuk
masyarakat Islam dan juga dengan berperang bagi mendaulatkan kalimah
tauhid dan mempertahankan diri.
Buku ini
memberikan penjelasan dan gambaran yang benar mengikut neraca al-Quran
dan al-Sunnah tentang hal ehwal jihad dari berbagai aspek: kepentingan
hukum, kesyumulan, dan fenomenanya yang berkembang seperti: antara
kasih sayang dan keganasan, antara perdamaian dan peperangan serta
jihad dan perang suci.
|