HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama arrow Pengumuman lain
Pengumuman lain
Taqabbalallaahu Minna wa Minkum! PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Sunday, 28 August 2011

Marilah berhari raya bersama Rasulullah sallallaahu `alaihi wasallam. Hayati cara Rasulullah sallallaahu `alaihi wa sallam berhari raya dengan membaca Risalah Jom Berhari Raya (‘Ied Al-Fithri) Bersama Rasulullah. 

 .jpg

 
Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhaan! PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Tuesday, 12 July 2011

Assalaamu`alaikom wa rahmatullahi wa barokaatuh

Para pembaca yang budiman sekalian, 

Sempena meraikan bulan Sya'ban dan bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi,  ayuh kita memperbanyakkan puasa sunat di bulan Sya'ban ini dan mengulangkaji hukum-hakam amalan di bulan Ramadhan. Marilah bersama-sama membaca, mengkaji dan menganalisa secara percuma buku berikut ini. Sila klik pada imej untuk terus ke laman buku:

amalan_bulan_ramadhan.jpeg
 
 
Selamat membaca!
 
Wassalaamu`alaiko wa rahmatullahi wa barokaatuh 
 
 
Jemputan ke Liqa' Sanawi al-Fikrah.net 2011 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Sunday, 26 June 2011

MAKLUMAT PENDAFTARAN DI SINI

poster_liqa_2011_01.jpg

 

 

 

 
Para Imam Tak Jumpa Hadis? PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus abdullah   
Sunday, 09 January 2011

Baru-baru ini saya mendapat pertanyaan melalui emel:
     Salam hafizf. Saya membaca komen seorang ahli panel bagi sebuah forum bahawa pendapat yang mengatakan “Para imam mazhab tidak jumpa hadis” merupakan sesuatu yang “karut”. Ini merujuk kepada penulisan akhi (yang telahpun dibetulkan) bahawa Imam Syafie tidak menemui hadis berkenaan berkumur-kumur dan menghirup serta menghembuskan air dari hidung ketika wudhu.
     Bagi ahli panel itu, para imam pada zaman awal telah menemui semua hadis, semua jalan periwayatan dan mengetahui semua perawi hadis.
     Bolehkah akhi mengulas pandangan ini? Selain itu, adakah wajar untuk kita yang bukan ulama’ untuk mengatakan para imam – seperti Imam Syafie – sebagai tidak menemui hadis?

Ini adalah soalan yang bagus. Berikut ulasan dan jawapan saya:

M

Pertama:
          Mengatakan “para imam tidak jumpa hadis” bukanlah pendapat peribadi saya mahupun orang kebiasaan. Akan tetapi ia adalah pendapat para imam dan ulama’ yang tersohor dalam sejarah Islam. Salah seorang di antara mereka yang memberi kupasan khusus tentang “para imam tidak jumpa hadis” ialah imam Ahlus Sunnah wal Jamaah, pembela agama dari sekian penyelewengan dan kesesatan serta ensiklopedia ilmu: Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah.

Baca lagi...
 
3 e-Buku baru PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Friday, 07 January 2011

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

Dimaklumkan bahawa dua buku ilmiah karangan dan susunan Kapten Hafiz Firdaus  dan satu buku tulisan al-Syeikh ‘Abd.al-Razzaq bin ‘Abd. al-Muhsin al-Badr dan diterjemahkan oleh Mohd Amin Yaacob telah dimuat naik dalam bentuk e-buku. Tajuk buku-buku tersebut adalah seperti berikut:

1. Hukum dan Adab Berjamaah dalam Islam- buku ini ditulis bagi menjawab beberapa persoalan asas yang acapkali bermain diminda umum tentang keperluan berada dalam satu-satu jamaah. Turut dibincangkan adalah tentang tiga kumpulan yang sering menjadi perhatian umum iaitu Wahabi, Khawarij dan Syiah. Sebaris kata penulis, "Semoga buku ini dapat membantu anda mengorak langkah yang sebaiknya demi agama, umat dan diri anda sendiri. Insya-Allah."

2. Islam, Jantina dan Seks - buku ini merupakan himpunan risalah dan nota kuliah penulis yang menyentuh pelbagai isu seperti rahsia Isra' dan Mi'raj, pengajaran penting sebelum Hijrah, perihal sumpah dan zikr. Ia juga memuatkan dua artikel yang menyentuh persepsi mereka yang bukan Islam terhadap Allah dan Islam, sekaligus memberikan panduan kepada para dai'e dalam mengupas persoalan tersebut bersama rakan bukan Islam mereka.

3. Tauhid 3T: Penjelasan dan Pembelaan - buku ini ditulis bagi menyangkal penulisan Hassan bin Ali al-Saqqaf bertajuk al-Tandid bi man ‘Addada al-Tauhid: Ibtal Muhawalah al-Taslith fi al-Tauhid wa al-‘Aqidah al-Islamiyah yang telah berani menghukum ke atas umat Islam yang mentauhidkan Allah dari sudut Rububiyah, Uluhiyyah serta Asma’ wa al-Sifat sebagai golongan yang menganuti akidah Triniti. Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Triniti tersebut dan apakah yang benar?

Sila layari laman e-buku Hafiz Firdaus Abdullah dan Penulis Lain untuk memulakan pembacaan.

Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 Kemudian > Akhir >>

Keputusan 1 - 9 terhadap 37
 
 

Statistik

822,418Visitors:
613Visitors today:
825Visitors yesterday:
352.46Visitors per day: Ø
3,810,293Page views:
2,891Page views today:
3,721Page views yesterday:
1,632.96Page views per day: Ø
4.63Page views per visitor: Ø
154Page views this page:
38Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.