Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, yang maha esa, yang tiada sekutu
bagi-Nya
dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.
Ya Allah! Jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bertaubat
dan jadikanlah aku termasuk orang-orang mensucikan diri.
Beberapa pengajaran doa:
1.Doa ini diajar oleh Rasulullah SAW, rujuk Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 55. Baginda menerangkan bahawa sesiapa yang berwudhu’ lalu membaca doa di atas maka:
“Akan dibuka baginya lapan pintu syurga dan dia dapat memasuki dari mana-mana pintu yang dikehendaki.”
2.Dalam doa ini kita memohon kepada Allah agar digolongkan di kalangan orang-orang yang bertaubat. Ini adalah doa yang bermanfaat kerana sebahagian orang yang melakukan dosa
besar kerap merasa berat atau menangguh-nangguh taubatnya.
3.Dalam doa ini juga kita memohon kepada Allah agar digolongkan di kalangan orang-orang yang
sentiasa menjaga kebersihan dan kesucian dirinya. Moga dengan doa ini, Allah menjadikan kita sentiasa prihatin dengan kebersihan diri lagi dipermudahkan urusan menjaganya.
Mutiara Doa: Doa Apabila Takut Kepada Kejahatan Seseorang.
“Ya Allah! Tuhan tujuh langit, Tuhan Arasy yang agung. Jadilah Engkau
pelindung bagiku daripada Fulan bin Fulan (sebut namanya) dan para sekutunya dari kalangan makhluk-Mu. Jangan ada seorang jua daripada mereka yang menyakitiku atau melampaui batas terhadapku.
Sungguh kuat perlindungan-Mu dan sungguh agung puji-pujian-Mu, tidak ada tuhan kecuali Engkau.”
Doa yang diajar oleh Rasulullah saw ini diriwayatkan dalam Shahih al-Adab al-Mufrad, no 707. Di antara
pengajaran doa:
1.Apabila menghadapi sesuatu masalah, kebimbangan atau hajat, tempat pertama yang kita ajukannya ialah kepada Allah SWT.
2.Ketika mengajukannya kepada Allah, Rasulullah memulai dan mengakhirkan doa itu dengan pujian-pujian terhadap kebesaran Allah. Ini kembali mengingatkan kita kepada
kebesaran Allah di mana tidak ada sesuatu masalah, kebimbangan atau hajat yang lebih besar daripada kuasa Allah, yang tidak mampu diselesaikan oleh Allah.
3.Ketika meminta perlindungan daripada Fulan bin Fulan dan para sekutunya, Rasulullah menambah “dari kalangan makhluk-Mu”. Ini menyedarkan kita bahawa siapa jua
sama ada manusia atau jin, yang berkuasa atau tidak, semuanya adalah makhluk Allah yang berada di bawah kekuasaan Allah.
4.Doa ini selain memohon perlindungan Allah, memberi motivasi kepada kita untuk tidak
takut kepada sesama makhluk, sejahat mana sekalipun tindak-tanduknya.
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Ya Allah! Berilah aku pahala dalam
musibah ini dan gantikanlah untukku apa yang lebih baik darinya.”
Beberapa pengajaran doa:
1.Bahagian awal doa merupakan ayat 156 surah al-Baqarah, selebihnya adalah dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam
kitab sahihnya, no: 918.
2.Selengkapnya hadis ini bermaksud: “Tidaklah seorang hamba ditimpa satu musibah lalu dia berdoa: Sesungguhnya kami adalah
kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Ya Allah! Berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantikanlah untukku apa yang lebih baik darinya, melainkan Allah akan memberinya pahala
dalam musibah itu dan menggantikan yang baik baginya dari (apa yang hilang dalam musibah itu).”
3.Sesungguhnya setiap sesuatu yang kita miliki, dari nyawa dan kesihatan sehinggalah ahli keluarga tersayang dan harta benda yang
dihargai, semuanya adalah milik Allah. Allah meminjamkannya kepada kita dan pada bila-bila masa Allah berhak untuk mengambilnya kembali.
4.Sebagai manusia kita sering lupa bahawa semua nikmat itu adalah milik Allah dan menjadi marah apabila Allah mengambilnya kembali.
Maka doa di atas mengingatkan kita yang lupa, sekaligus mengajar kita untuk meminta ganti yang lebih baik dari apa yang telah Allah ambil semula.